AYUH PEDULI UMMAH
TANDA CINTA & SYUKUR

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)

AYUH PEDULI UMMAH TANDA CINTA & SYUKUR

Berkongsi Rezeki Bersama Saudara Kita Yang Memerlukan di Malaysia dan Negara Umat Islam Yang Susah

SEDEQAH.MY adalah sebuah usaha di bawah PERTUBUHAN FITRAH UMMAH

3 Aspek yang Kami Fokuskan

 

Keluarga & Wanita

 

Pendidikan & Al Quran

Kecukupan Makanan Asas

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Program Kebajikan

Fitrah Ramadan

Fitrah Ramadan adalah Program Berbuka Puasa, Sahur & Bantuan Ramadhan di Malaysia & Luar Negara

Ramadan Alkhair 11​

Kami dengan rasminya telah menjalin kerjasama untuk program ‘Ramadan Alkhair 11’ bersama Syria Care Malaysia bagi mengumpulkan dana program berbuka puasa dan dana kecemasan di Syria

Sedeqah Jumaat

Program dijalankan pada hari Jumaat & juga hari-hari lain apabila ada keperluan.

Bantuan Barang Asas Dapur

Membantu kumpulan sasaran mendapatkan barangan kering atau barangan basah sebagai sumber makanan mereka

Fidyah

Fidyah ialah ‘denda’ ke atas orang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti yakni qada’ pada bulan Ramadhan.

Bantuan Khas

Dana ini dikumpulkan khusus untuk membantu adik Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Yazid yang menetap di Kuala Nerang Kedah yang merupakan pesakit di bawah Pallative Care.
Program Waqaf

Waqaf Perigi 3 Negara

Program Waqaf Perigi adalah bertujuan untuk menyediakan sumber air bersih untuk umat Islam di luar negara yang amat memerlukan.
Sejujurnya, bagi mereka untuk mendapatkan sumber air bersih di tempat mereka sangat susah dan terhad.

Waqaf Solar Kemboja

Kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh pihak Masjid menjana kuasa bateri untuk kegunaan barangan elektrik seperti alat pembesar suara microfon untuk melaungkan, kipas dan lampu ketika menunaikan solat berjemaah

Waqaf Tempat Wudhu

Kami menyasarkan pembinaan Waqaf Tempat Wudhu’ ini sebanyak 100 buah untuk 100 masjid di sekitar negeri Kratie, Kemboja.

Waqaf Solar Lampu Jalan

Kami ingin mengumpul sebanyak 100 buah lampu jalan untuk dipasang sepanjang jalan utama menuju ke madrasah tahfiz angkat Fitrah Ummah.
Program Kerjasama

Projek Dana Perpustakaan Maahad Intergrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor​

Pihak Maahad Intergrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor​ sedang mengumpul dana untuk menambaik baik & membeli kelengkapan perpustakaan.

Program Infaq Sistem Rawatan Udara

Kami membuka peluang untuk anda yang ingin menyumbang untuk program infaq sistem rawatan udara. Pihak kami mensasarkan 5 buah Madrasah Tahfiz atau Tadika Islam atau Masjid yang terpilih.
Laporan Program
Sedeqah & Waqaf

‘FOLLOW’ & ‘LIKE’ page social media Pertubuhan Fitrah Ummah untuk mengikuti laporan terkini aktiviti aktiviti program sedeqah & wakaf kami.