Pada minggu lepas, sebahagian penduduk di Ampang Jaya khusunya di bahagian tepi sungai diuji dengan musibah banjir lumpur. Lebih daripada 250 buah rumah diuji dengan ujian yang berat ini. Hasil tinjuan kami ke beberapa rumah, mangsa memaklumkan kepada kami banyak barang-barang peribadi mereka termasuk barangan elektrik rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Kami hadir kali ini dengan membawa 50 set kain batik dan kain pelikat untuk diedarkan.
Dengan bantuan Nisa’ kawasan Ampang, dapatlah kami menyantuni 7 buah rumah penduduk yang sedang dalam proses membersihkan rumah mereka. Selebihnya akan di edarkan oleh team Nisa’ Ampang hari jumaat
nanti. Terima kasih yang terhingga kepada Nisa’ Ampang kerana membantu kami menjayakan misi kali ini.
Tidak dilupakan pada semua penyumbang, jutaan terima kasih kepada anda atas kesudian berkongsi rezeki bersama kami. Kami doakan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah selalu. Amin.
“Together We Share”