Program Sedeqah Jumaat | 12 Nov 2021 | Klinik Kesihatan Sungai Pelek, Sepang

Tarikh : 12 November 2021
Tempat : Klinik Kesihatan Sungai Pelek, Sepang.

Pada hari jumaat, 12 November 2021 telah diedarkan 40 pek Laksa Johor kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Makanan telah disediakan dan di edar oleh team MAZ Station. Terima kasih kepada Puan Alya Nadirah dan suaminya Encik Nazir kerana menjayakan program tersebut.

Tidak dilupakan terima kasih yang tidak terhingga pada semua penyumbang yang berkongsi rezeki bersama PFU. Semoga kalian dimurahkan lagi rezeki dan dikeluarkan daripada segala kesulitan. Amin..

“Together We Share”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *