Infaq Mihrab Surau Madrasah

Program Infaq Mihrab Surau Madrasah ini adalah kerjasama di antara Wallmaster bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengimarahkan dan menceriakan surau madrasah. Seperti mana yang kita ketahui, madrasah yang ada kini kekurangan dari segi dana untuk menceriakan surau mereka. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar tahfiz dapat menggunakan surau yang tersergam indah dan ceria untuk aktiviti harian mereka seperti solat berjemaah, menghafal Al-Quran dan sebagainya.

Sasaran fasa pertama melibatkan 10 buah madrasah sekitar Lembah Klang. Setiap madrasah yang terpilih akan diberikan set mihrab cabinet sebelum lampiran gambar di atas.

Sebuah set mihrab cabinet = RM5,000.00
10 set mihrab cabinet X RM5,000.00 = RM50,000.00

Semoga objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai iaitu pemerkasaan imarah surau madrasah, keindahan dan keceriaan suasana surau madrasah dan memartabatkan kesenian Islam.

Kami ingin menjemput semua untuk menyumbang bagi memastikan program ini dapat berjalan dan memberi impak yang positif kepada para pelajar Tahfiz yang bakal menikmati keindahan mihrab yang baru di madrasah mereka.

Anda boleh sumbang di butang berikut