Infaq Wangian Surau Masjid

Program kerjasama kebajikan ini di antara Kelana Perfume dan Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bagi tujuan menyumbang wangian untuk mengharumkan suasana surau dan masjid di Kawasan Lembah Klang buat masa ini.

Produk yang akan diberikan kepada surau dan masjid adalah produk wangian Dexandra yang dikenali sebagai ‘Cinta Syurga’ yang mana baunya sama seperti bauan di Raudah di Masjid Madinah. Kami ingin mengajak anda untuk turut menyumbang bagi menjayakan program ini. Satu botol wangian Cinta Syurga berjumlah RM15.

Kami mensasarkan bagi tahun 2023 sebanyak 10 buah surau dan masjid yang ingin kami wangikan dengan bauan Cinta Syurga ini. Sasaran kami 10 botol wangian Cinta Syurga untuk sebuah surau dan masjid. Jumlah sumbangan yang dicari sebanyak RM1500.00.

Satu Botol Wangian Cinta Syurga = RM15.00
10 Surau dan Masjid X 10 botol Cinta Syurga = 100 botol
100 botol X RM15.00 = RM1,500

Semoga sumbangan yang anda berikan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT. Amin!

Anda boleh membuat sumbangan di butang berikut.