AYUH PEDULI UMMAH
TANDA CINTA & SYUKUR

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)

AYUH PEDULI UMMAH TANDA CINTA & SYUKUR

Berkongsi Rezeki Bersama Saudara Kita Yang Memerlukan di Malaysia dan Negara Umat Islam Yang Susah

SEDEQAH.MY adalah sebuah usaha di bawah PERTUBUHAN FITRAH UMMAH

3 Aspek yang Kami Fokuskan

 

Keluarga & Wanita

 

Pendidikan & Al Quran

Kecukupan Makanan Asas

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Program-Program Kebajikan

Fitrah Ramadan

Fitrah Ramadan adalah Program Berbuka Puasa, Sahur & Bantuan Ramadhan di Malaysia & Luar Negara

Ramadan Alkhair 11​

Kami dengan rasminya telah menjalin kerjasama untuk program ‘Ramadan Alkhair 11’ bersama Syria Care Malaysia bagi mengumpulkan dana program berbuka puasa dan dana kecemasan di Syria

Sedeqah Jumaat

Program dijalankan pada hari Jumaat & juga hari-hari lain apabila ada keperluan.

Waqaf Tempat Wudhu

Kami menyasarkan pembinaan Waqaf Tempat Wudhu’ ini sebanyak 100 buah untuk 100 masjid di sekitar negeri Kratie, Kemboja.

Waqaf Perigi 3 Negara

Program Waqaf Perigi adalah bertujuan untuk menyediakan sumber air bersih untuk umat Islam di luar negara yang amat memerlukan.
Sejujurnya, bagi mereka untuk mendapatkan sumber air bersih di tempat mereka sangat susah dan terhad.

Waqaf Solar Kemboja

Kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh pihak Masjid menjana kuasa bateri untuk kegunaan barangan elektrik seperti alat pembesar suara microfon untuk melaungkan, kipas dan lampu ketika menunaikan solat berjemaah

Waqaf Al Quran

Hadiahkan Al Quran bagi yang memerlukan. Anda boleh berwaqaf sebuah Al Quran atau pun sharing lot bersama pewaqaf yang lain.

Waqaf Pendidikan

Sedeqah Waqaf Pendidikan merupakan satu program yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan bagi menampung kos pembiayaan pendidikan mereka dan juga kos yang melibatkan alat bantu belajar di Malaysia.

Waqaf Kenderaan

Atas keperluan yang dirasakan sangat memerlukan, kami ingin membuka peluang kepada semua untuk berwaqaf untuk kami mendapatkan kenderaan bagi memudahkan program kebajikan yang dijalankan sepanjang tahun.

Bantuan Khas

Dana ini dikumpulkan khusus untuk membantu adik Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Yazid yang menetap di Kuala Nerang Kedah yang merupakan pesakit di bawah Pallative Care.

Infaq Madrasah Tahfiz

Kami membuka peluang kepada anda yang ingin menyumbang untuk program infaq ini. Kami akan serahkan produk minuman coklat Tanweer Cocoa kepada madrasah tahfiz yang terpilih secara bulanan.

Fidyah

Fidyah ialah ‘denda’ ke atas orang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti yakni qada’ pada bulan Ramadhan.
Program Kerjasama

Infaq Kerusi Meja Sekolah​

Pihak SRA Bandar Rinching, Semenyih, Selangor sedang mengumpulkan dana untuk membeli kerusi meja yang baru untuk para pelajar gunakan

Infaq Wangian Surau Masjid​

Program kerjasama kebajikan ini di antara Kelana Perfume dan Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bagi tujuan menyumbang wangian untuk mengharumkan suasana surau dan masjid di Kawasan Lembah Klang buat masa ini

Infaq Mihrab Surau Madrasah

Program Infaq Mihrab Surau Madrasah ini adalah kerjasama di antara Wallmaster bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengimarahkan dan menceriakan surau madrasah.
Laporan Program Sedeqah & Waqaf