RAMADAN ALKHAIR 11

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH X SYRIA CARE MALAYSIA

Program Berbuka Puasa, Sahur & Bantuan Ramadhan di Syria

Assalamualaikum & Ramadan Kareem.

Kami dengan rasminya telah menjalin kerjasama untuk program ‘Ramadan Alkhair 11’ bersama Syria Care Malaysia bagi mengumpulkan dana program berbuka puasa di Syria.

Untuk dana berbuka puasa yang anda sumbangkan melalui program ‘Ramadan Alkhair 11’ ini, kami akan serahkan kepada wakil Syria Care bagi menguruskan semua program di sana atas kepakaran dan pengalaman yang mereka ada di lapangan.

Daripada Zaid Bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)

Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang anda berikan.
Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda dengan kebaikan yang banyak di akhirat kelak. Amin!

Ikhlas dari,
Pertubuhan Fitrah Ummah X Syria Care Malaysia