Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) atau nama penuhnya adalah Pertubuhan Fitrah Ummah Kuala Lumpur dan Selangor (PPM-004-14-22052020) telah sah didaftarkan secara rasmi pada 22 Mei 2020 bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pertubuhan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Faizal B. Eshak dan ahli jawatankuasa yang lain sebenarnya telah aktif menjalankan program-program kebajikan sejak tahun 2017 lagi.
Sehingga kini, PFU mempunyai enam (6) orang ahli pengurusan yang bertugas sepenuh masa bagi menjalankan program-program kebajikan yang telah dirancang. Objektif utama PFU adalah untuk memberi bantuan kepada tiga (3) bidang utama dalam menjalankan program kebajikan iaitu bidang pendidikan Al Quran, program untuk wanita dan kanak-kanak serta program barangan keperluan asas.
Harapan kami dari PFU adalah untuk memperbanyakkan lagi program-program kebajikan bagi membantu lebih ramai golongan sasaran yang telah ditetapkan agar semua dapat menikmati bantuan hasil sumbangan orang ramai secara konsisten.
Menjadi NGO yang dipercayai oleh masyarakat Malaysia dalam menjalankan program kebajikan di Malaysia dan Luar Negara untuk Umat Islam yang memerlukan bantuan.
“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada orang lainnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
PENGERUSI
Biro Ekonomi & Pembangunan
TIMBALAN PENGERUSI
Biro Hubungan Korporat & Pemasaran
SETIAUSAHA
Biro Ekonomi & Pembangunan
BENDAHARI
Biro Pentadbiran & Kewangan
Biro Media Digital & Media Sosial
Biro Pentadbiran
Biro Tugas Khas
Biro Pembantu Am