SEDEQAH WAQAF PENDIDIKAN

BANTUAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sedeqah Waqaf Pendidikan merupakan satu program yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan bagi menampung kos pembiayaan pendidikan mereka dan juga kos yang melibatkan alat bantu belajar di Malaysia.

Antara program yang kami fokuskan adalah:

✅ Madrasah Tahfiz Angkat
✅ Kelas Al Quran Online
✅ Tajaan Asnaf Mengaji
✅ Pendidikan Anak Angkat
✅ Bahan Bantuan Pelajaran

Sehingga tahun 2023, kami telah membantu membayar sewa bulanan 2 buah madrasah tahfiz angkat kami di Ipoh,Perak dan Sibu, Sarawak setiap bulan. Ini bagi meringankan bebanan kos bulanan mereka agar pihak pengurusan dapat fokus menjalankan sesi pembelajaran bersama para pelajar tahfiz.

Selain itu, kami dalam proses menjalankan program kelas Al Quran online secara percuma khususnya buat kanak-kanak atau dewasa yang ingin belajar bermula dari asas. Kami juga bercadang untuk membuka kelas Al Quran khusus buat para asnaf yang memerlukan kelas mengaji Al Quran.

In shaa Allah, dengan adanya dana yang anda sumbangkan ini, ianya dapat membantu menjayakan program waqaf pendidikan agar dimanfaatkan golongan sasaran. Kami akan jalankan program waqaf Pendidikan secara berperingkat agar manfaatnya sampai kepada golongan memerlukan.

Kami doakan agar semoga sumbangan waqaf ini menjadi saham akhirat kita kelak. Amin!

Anda boleh menyumbang seikhlas hati anda, RM1, RM5, RM10. Sila klik butang di bawah: