WAQAF SOLAR

SUMBER ELEKTRIK BAGI KEGUNAAN MASJID/SURAU & MADRASAH/SEKOLAH DI KEMBOJA
Kami membuka ruang dan peluang untuk anda menyumbang bagi projek Waqaf Solar bagi kegunaan Masjid/Surau & Madrasah/Sekolah di Kemboja bagi membantu memudahkan urusan mereka untuk beribadah & sesi pembelajaran pelajar di sekolah.
Masalah yang dihadapi adalah pihak pengurusan perlu charge bateri untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi menggunakan barangan elektrik di Masjid/Surau seperti alat pembesar suara mikrofon untuk melaungkan azan, kipas dan lampu ketika menunaikan solat berjemaah.
Sama juga untuk kegunaan Madrasah/Sekolah, dengan adanya Waqaf Panel Solar ini memudahkan para guru untuk memasang kipas & lampu ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Dengan adanya panel solar ini, ianya memudahkan pihak pengurusan untuk menggunakan barangan elektrik setiap hari. Waqaf Panel solar tersebut akan mengumpulkan sumber tenaga elektrik di bateri yang mereka gunakan.
Oleh itu, kami mengalu-alukan semua untuk menyumbang bagi membantu umat Islam kita di luar negara terutama pihak pengurusan Masjid & Sekolah bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan ketika beribadah & sesi pembelajaran di sekolah.
Kami doakan agar semoga sumbangan waqaf ini menjadi saham akhirat kita kelak. Amin!
Anda boleh berwaqaf dengan jumlah berikut :
Sebuah panel solar RM 1,980.00 (18 nama)
Sharing 1 lot RM 110.00 (1 nama)
Sila isikan Borang Waqaf di bawah mengikut jumlah yang dinyatakan :
WAQAF SOLAR
RM1,980.00
WAQAF SOLAR (PER LOT)
RM110.00