“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdhal untuknya?” Rasulullah SAW bersabda “Air…”
(Hadith Saad Bin Ubadah. Riwayat Abu Daud)
SUMBER AIR BERSIH UNTUK MEREKA
Program Waqaf Perigi adalah bertujuan untuk menyediakan sumber air bersih untuk umat Islam di luar negara yang amat memerlukan. Sejujurnya, bagi mereka untuk mendapatkan sumber air bersih di tempat mereka sangat susah dan terhad.
Umat Islam di sana sebelum ini menggunakan sumber air dari sungai berdekatan untuk digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, berwudhu’, mandi dan sebagainya. Dengan adanya pembinaan waqaf perigi yang berdekatan dengan rumah mereka, mudahlah untuk mereka mendapatkan sumber air bersih.
Kami bermula dengan menjalankan program Waqaf Perigi ini di Kemboja pada Januari 2020. Kemudian, atas permintaan daripada wakil kami yang menyatakan keperluan wakil perigi di 2 buah negara yang lain maka kami menjalankan program pembinaan Waqaf Perigi di Bangladesh dan Indonesia.
Oleh itu, kami mengalu-alukan anda semua untuk menyumbang bagi membantu umat Islam kita di luar negara bagi mendapatkan sumber air bersih untuk kehidupan seharian mereka.
Kami doakan agar semoga sumbangan waqaf ini menjadi saham akhirat kita kelak. Amin!
1. Pahala berterusan selagi ianya digunakan sehingga ianya digunakan.
2. Pahala sampai kepada orang yang diniatkan.
3. Waqaf yang lebih afdhal berbanding waqaf lain.
4. Semakin dekat dengan Allah SWT.
5. Rezeki menjadi berkat.
Kemboja :Sebuah Perigi RM 1,320.00 (12 Nama)
Atau
Sharing 1 Lot: RM 110.00 (1 Nama)
___________________________________________________
Bangladesh: Sebuah Perigi RM 880.00 (8 Nama)
atau
Sharing 1 Lot: RM 110.00 (1 Nama)
___________________________________________________
INDONESIA : Sebuah Perigi RM 1320.00 (12 Nama)
atau
Sharing 1 Lot: RM 110.00 (1 Nama)
Sebuah Lot (Sharing): RM 100.00(Per Lot)
Salurkan sumbangan anda ke :
Maybank : Pertubuhan Fitrah Ummah
Akaun : 5648 0165 7170
Detail : Waqaf Perigi