Kerjasama : Persatuan Permata Ummah dan Nisa’ Petaling Jaya
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana pihak Pertubuhan Fitrah Ummah buat julung kalinya telah berkolabrasi bersama Pertubuhan Permata Ummah dan Nisa’ Petaling Jaya mengumpulkan dana dan menghadiahkan laptop kepada Mahasiswa Sains Biomedical UNISZA, Adik Aufa yang menetap di Kelana Jaya. Ibu Adik Aufa bekerja sebagai tukang urut dan mengambil upah menghantar dan mengambil pelajar sekolah.
Ibunya bercerita kepada wakil PFU berkenaan kisah laptop anaknya yang rosak sehingga mengganggu perjalanan Aufa menjawab soalan final exam baru2 ini. Pada asalnya, adik Aufa mahu menggunakan wang biasiswa yang baru sahaja masok ke dalam akaunnya untuk membeli laptop, tetapi kami berkeras untuk membantu membelikan laptop menggunakan dana yang disumbang oleh anda semua kerana kami sangat memahami seorang mahasiswa memerlukan duit yang banyak apabila mahu memulakan sem baharu kelak. Kami doakan semoga Adik Aufa berjaya menggenggam seguling ijazah dan mendapat perkerjaan yang baik selepas tamat pengajian nanti. Semoga sedikit sumbangan kita mampu membantu Adik Aufa mencapai cita-cita beliau.
Sekalung penghargaan kepada semua penyumbang yang berkongsi rezeki untuk menjayakan projek ini. Semoga pahalanya berkekalan mengalir selagi laptop tersebut dimanfaatkan oleh Adik Aufa.
“Together We Share”