Kami ceritakan sedikit kisah berkenaan adik Rayyan:
Ibu beliau merupakan seorang suri rumah. Manakala ayah beliau adalah OKU dan bekerja dikampung sahaja. Anak sulung mereka, adik Muhammad Mikail Rayyan berumur 7 tahun adalah seorang pesakit jantung kronik (sejak lahir) dan paru-paru kronik.
Rayyan diagnosis jantung kronik & paru-paru kronik:
- Saluran penafasan sempit (done op)
- Saluran darah ke paru-paru dan jantung terbalik
- Injap jantung bocor
- Jantung biru
- Jantung berlubang (3 lubang)
- Bilik oksigen kecil
- Salah 1 bilik jantung tidak berfungsi
- Jantung sebelah bengkak
- Paru-paru rosak
- OKU (delaydevelopment)
Rawatan berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Pulau Pinang selama 3 bulan sekali (3 pakar) dan 6 bulan sekali (berjumpa pakar jantung dan pakar paru2).
Adik Rayyan juga perlu mengisi tank oksigen setiap seminggu@2 minggu untuk keperluan berjumpa pakar.
Rayyan under PALLIATIVE CARE bermakna tiada rawatan/operation untuk dia kerana risiko kematian/lumpuh. Sekarang Rayyan hanya bergantung hidup dengan 2 mesin, mesin bantuan penafasan dan oksigen serta ubat jantung yg perlu diambil setiap hari selama 7 tahun ini.
Sekarang, Rayyan bergantung minum SUSU KHAS PEDIASURE, agak mahal dan keluarga ini tidak mampu. Namun susu ni sahaja yang adik Rayyan boleh minum memandangkan ibu beliau dah mencuba susu lebih murah tetapk tidak serasi. Doktor memang tidak beri harapan untuk jantung dia normal dan akan terus kekal kecacatan pada jantung dia.
Setahun membesar di hospital dan selama 7 tahun dia berjuang untuk teruskan kehidupan.
Alhamdulillah, Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) dapat menyampaikan sumbangan susu kepada adik Rayyan di Kuala Nerang, Kedah.
Terima kasih kepada Tuan Muqti Abdullah daripada IPD Kota Setar kerana mewakilkan pihak kami bagi menyampaikan sumbangan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota balai polis bantuan daripada anggota balai polis Kuala Nerang kerana permudahkan urusan bantuan ini.
Jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang yang tidak jemu menderma bersama kami.
Semoga kalian dimurahkan segala pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin!
“Together We Share”