Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah gambaran yang terungkap apabila mendapat tahu kisah pasangan ini bila daripada Facebook ustazah Hariza Harun. Pasangan ini memerlukan bantuan keperluan seperti susu dan lampin pakai buang dewasa.
Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah terpanggil untuk membantu. Pasangan Pak Cik Rahim dan Mak Cik Zah kedua-duanya dalam keadaan uzur. Mak Cik Zah strok dan darah tinggi. Pak Cik Rahim pula darah tinggi.
Ketika team Pertubuhan Fitrah Ummah, Mak Cik Zah sudah terbaring selama 10 hari. Beliau tidak lalu makan, tidak dapat bangun dan tidak boleh membuang air. Team Pertubuhan Fitrah Ummah bersama Ustazah Hariza mengambil keputusan untuk membawa beliau ke Hospital Taiping. Kami hubungi ambulan untuk urusan lanjut. Alhamdulillah, kini Mak Cik Zah dalam keadaan stabil dan sedang dapatkan rawatan di hospital. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan buat Mak Cik Zah dan Pak Cik Rahim.
Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah insyaAllah akan terus mengumpulkan dana untuk membantu pasangan warga emas secara berterusan bagi keperluan asas pasangan ini.
Terima kasih Ustazah Hariza Harun kerana permudahkan urusan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua penyumbang yang terus menerus berkongsi rezeki bersama kami. Amanah yang anda berikan akan kami laksanakan sebaik mungkin.
Semoga kalian dibukakan segala pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin!
“Together We Share”
www.sedeqah.my