Bantuan Mangsa Tanah Runtuh di Palimbayan@Tanah 60, Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur

Akibat hujan lebat, banyak kawasan di Lembah Klang yang mengalami banjir yang sangat teruk. Namun, sebaliknya di Palimbayan@Tanah 60, Kg. Sg. Penchala, KL yang mana berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat yang turun.

Pokok tumbang dan tanah runtuh mengakibatkan hampir 20 buah rumah hancur terlibat dalam bencana tersebut.

Pihak Bomba & DBKL meminta penduduk di kawasan Palimbayan untuk berpindah sementara di masjid dan sekolah sementara menunggu pengesahan bahawa kawasan rumah yang mereka duduki selamat.

Team Pertubuhan Fitrah Ummah pergi bertemu dengan wakil di Masjid Hidayah bagi menyediakan keperluan bagi mangsa yang bertempat di sana. Bantuan yang diperlukan waktu itu adalah toto, bantal dan selimut untuk mereka berehat. Keperluan makanan telah pun mencukupi.

Team Pertubuhan Fitrah Ummah segera mencari keperluan tersebut di Mydin KL dan kemudian menyerahkan terus ke Masjid Hidayah untuk kegunaan mereka di sana.

Jutaan terima kasih buat para penyumbang yang bersama kami dalam membantu mangsa banjir dan tanah runtuh.

Teruskan menyumbang seikhlas hati, semampu kita. Sesungguhnya ianya sangat bermakna buat mereka yang menerimanya.

“Together We Share”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *