Alhamdulilah selesai diagihkan sebanyak 150 pek makanan ke 3 lokasi di sekitar bandar Kajang, Selangor hasil sumbangan orang ramai untuk Program Sedeqah Jumaat anjuran Pertubuhan Fitrah Ummah.
Menu Nasi Hujan Panas, Ayam Kurma dan Papadom disediakan oleh Tuan Tengku Adlan.
Kami hargai kerjasama Tuan Tengku Adlan dalam menyediakan dan mengagihkan pek-pek makanan ini. Semoga di bukakan pintu rezeki sentiasa. Amin.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang berkongsi rezeki bersama Fitrah Ummah. Semoga Allah merahmati kalian sentiasa. Amin.
Lokasi agihan:
Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Ummi, Selangor – 30 pek
Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia – 70 pek
Madrasah Tahfiz Al Asiz (bantuan mangsa banjir Bukit Dukung) – 50 pek
“Together We Share”
www.sedeqah.my