Alhamdulillah pihak PFU berkesempatan membantu adik Nur Auni bt Azraei, anak kepada sahabat kami, seorang OKU Downsindrom yang baru sahaja disahkan menghidap kanser darah. Pihak hospital meminta penjaga anak tersebut membayar bil hospital sebanyak RM 4000.00 sebelum 30 November 2021. Dengan sumbangan tuan puan yang tidak jemu-jemu berkongsi rezeki bersama kami, dapatlah kami kongsikan dana yang ada untuk menampung sebahagian daripada jumlah bil tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang berkongsi rezeki bersama PFU. Teruskan menyumbang untuk kami sampaikan manfaat kepada lebih ramai lagi orang. In sha allah.
Kami doakan semoga Allah adik Nur Auni binti Azraei dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan adik Auni sekeluarga.. Amin..
“Together We Share”