Misi turun ke lapangan membantu bersihkan rumah di Bukit Changgang, Banting, Selangor | 29 Dis 2021

Alhamdulillah, team Pertubuhan Fitrah Ummah dengan tenaga kerja seramai 8 orang bersama 2 orang askar dari Kementah turun ke Bukit Changgang, Banting, Selangor.

Kami membantu dua buah rumah di Jalan Emas Kanan, Bukit Changgang, Banting dengan mengalihkan timbunan sampah di hadapan rumah mereka ke tepi jalan.

Tuan rumah sangat seronok atas bantuan yang kami berikan kerana mereka sendiri pun tak larat nak mengalihkan. Dengan bantuan team Pertubuhan Fitrah Ummah, depan rumah mereka lapang dari timbunan sampah.

In shaa Allah, hari Khamis kami sambung lagi ke destinasi lain pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *