a.hisyam

Fitrah Ramadan | Maahad Taqwa, Batu Pahat Johor | 6 Ramadan 1443h

Alhamdulillah FItrah Ummah telah menaja 60 pax juadah berbuka puasa Nasi Ayam Madu kepada warga Maahad Taqwa, Batu Pahat Johor. Program telah disempurnakan oleh puan Noorlilawati dan teamnya. Terima kasih diucapkan kepada team beliau. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua penyumbang bersama kami. Semoga lebih di murahkan rezeki. Amin.. “Together We Share”

Fitrah Ramadan | Maahad Taqwa, Batu Pahat Johor | 6 Ramadan 1443h Read More »

Fitrah Ramadan | Kratie Kemboja | 3 Ramadan

Fitrah Ramadan, Program Berbuka PuasaBerkongsi rezeki bersama umat Islam di Kemboja. Tajaan berbuka puasa dari penyumbang Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) di Surau Madrasah Darul Ulum Asy-Syariyah, Kampung Opayau, Kratie, Kemboja. Alhamdulillah, di Malaysia pula PFU menaja program berbuka puasa di Madrasah Tahfiz ASUH Ipoh, Perak selama 11 hari. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah

Fitrah Ramadan | Kratie Kemboja | 3 Ramadan Read More »

Fitrah Ramadan | ASUH Perak | 3 Ramadan 144h

Liputan Program Berbuka Puasa di Madrasah ASUH Ipoh, Perak bersama penasyid Halim Ahmad yang kini bersama Fitrah Ummah. In shaa Allah, kami berhasrat untuk tambah lagi dana Sedeqah Pendidikan bagi membantu madrasah tahfiz yang memerlukan bantuan sokongan. Sedikit yang kita berikan & sumbangkan memberi impak yang besar kepada mereka yang menerimanya. ‘Together We Share’ #SedeqahPendidikan#PFU#PertubuhanFitrahUmmah#SedeqahMy#TogetherWeShare#AsuhPerak#AsuhJohor#ASUH

Fitrah Ramadan | ASUH Perak | 3 Ramadan 144h Read More »

Fitrah Ramadan | Kg Sg Penchala | 2 Ramadan 1443h

Edaran Kurma Ajwah di sekitar Pejabat Pertubuhan Fitrah Ummah, Kg. Sg. Penchala, KL pada hari ke 2 Ramadan. Turut bersama kami adalah saudara Halim Ahmad , Duta PFU membantu membuat edaran kurma. Walaupun cuaca hujan namun kita berjaya juga edarkan hampir 100 pek kurma Ajwah. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong dan meyakini program-program

Fitrah Ramadan | Kg Sg Penchala | 2 Ramadan 1443h Read More »

Fitrah Ramadan | ASUH Perak | 1 Ramadan 1443h

Alhamdulillah, laporan program berbuka puasa Madrasah Tahfiz Asuh Perak hari pertama Ramadan ditaja oleh Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) hasil sumbangan orang ramai. In shaa Allah, Fitrah Ummah akan menaja berbuka puasa untuk Asuh Perak selama 11 hari. Dan kami akan menaja beberapa lagi madrasah tahfiz yang lain di Malaysia. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada

Fitrah Ramadan | ASUH Perak | 1 Ramadan 1443h Read More »

Program Sedeqah Jumaat / 18 Feb 2022 / Kg Sg Penchala

Rezeki dikongsi bersama di hari Jumaat yang barakah.Alhamdulilah program Sedeqah Jumaat kali ini, team Fitrah Ummah membantu mengedarkan sebanyak 75 nasi lemak beraneka lauk ke 3 buah Masjid & Madrasah di sekitarKampung Sungai Penchala.Nasi lemak disediakan oleh peniaga kecil di kampung ini, ‘Nasi Lemak Abang Botak’. Jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan

Program Sedeqah Jumaat / 18 Feb 2022 / Kg Sg Penchala Read More »

Program Kasih Ummah, Agihan Roti Canai kepada Para Asnaf & Fakir Miskin

Alhamdulillah, Pertubuhan Fitrah Ummah bekerjasama dengan King World Roti Canai untuk program Sedeqah Jumaat di Kedah pada hari Jumaat, 11 Februari 2022. Sebanyak 200 keping roti canai diagihkan kepada para asnaf dan mereka yang memerlukan untuk menu makanan mereka. Sumbangan Sedeqah Jumaat ini adalah sumbangan orang ramai kepada kami. Amanah anda kami sampaikan kepada mereka

Program Kasih Ummah, Agihan Roti Canai kepada Para Asnaf & Fakir Miskin Read More »

Program Sedeqah Jumaat | 28 Jan 2022 | Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Alhamdulillah telah di edarkan sebentar tadi 100 pek Nasi Ayam Kunyit kepada jemaah Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam. Makanan telah disediakan dan di edarkan oleh Puan Khairunnisa bt Zahimi. Terima kasih diucapakan kepada puan Nisa Zahimi dan team. Kepada semua penyumbang, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik serta dibukakan segala pintu rezeki. Jazakumullah khairal jaza. “Together

Program Sedeqah Jumaat | 28 Jan 2022 | Pantai Dalam, Kuala Lumpur Read More »

Program Sedeqah Jumaat | 28 Jan 2022 | Kampung Sg Penchala, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, telah diedarkan 300 pek Roti di dua Buah Masjid dan satu Madrasah di Kg. Sg Penchala. Rezeki dikongsi bersama orang ramai di hari Jumaat yang barakah ini. Terima kasih diucapkan kepada Ajwa Bakery dalam menyediakan roti roti ini.Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang berkongsi rezeki. Semoga Allah bukakan segala pintu rezeki kalian semua.

Program Sedeqah Jumaat | 28 Jan 2022 | Kampung Sg Penchala, Kuala Lumpur Read More »