AYUH PEDULI UMMAH TANDA CINTA & SYUKUR
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Sebuah Usaha dibawah:

(PPM-004-14-22052020)
KEMPEN SEDEQAH RM1.00

Ayuh bersama dalam usaha kebajikan yang sedang dijalankan setiap minggu.
Semoga usaha kita ini diganjari Allah dengan sebaik baik ganjaran dunia dan akhirat
PROGRAM INFAQ
MADRASAH TAHFIZ

Kami membuka peluang kepada anda yang ingin menyumbang untuk program infaq ini.
Kami akan serahkan produk minuman coklat Tanweer Cocoa kepada madrasah tahfiz yang terpilih secara bulanan.
JUMLAH INFAQ: 1KG RM25
Hadiah Kami Kepada Semua Penderma SEDEQAH.MY
E-Book Himpunan Doa Didalam Bahasa Melayu

SUMBANGAN BUAT ADIK RAYYAN
Adik Rayyan diagnosis jantung dan paru-paru kronik. Adik Rayyan under PALLIATIVE CARE bermakna tiada rawatan untuk dia kerana risiko kematian atau lumpuh.
Setiap bulan berulang alik ke hospital untuk check up bersama doktor. Ibubapa dalam keadaan struggle juga kerana ayahnya juga OKU penghilatan dan ibunya surirumah.
Semoga dengan dana yang kami buka peluang ini dapat membantu ibubapa Adik Rayyan meneruskan penjagaan beliau yang rapi dan teliti.
Sumbangan ikhlas dari anda amat kami hargai.
Sedeqah Daging Zanzibar, Tanzania

Hasil ziarah Pengerusi Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU), Ustaz Mohd Faizal Bin Eshak ke Zanzibar, Tanzania pada Hari Raya Qurban tahun ini bagi pelaksanaan Ibadah Qurban di sana, perbincangan bersama NGO tempatan bersetuju untuk mengadakan program Sedeqah Daging kepada penduduk kampung di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
Sejujurnya umat Islam di sana memang jarang dapat merasai daging segar atas sebab harga yang mahal dan juga faktor pendapatan yang rendah oleh penduduk kampung. Boleh kata setahun hanya beberapa kali saja mereka dapat merasai makanan daging di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
Sememangnya waktu Pengerusi Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) membuat agihan daging Qurban semasa Hari Raya Qurban di Zanzibar, mereka memang sangat menanti²kan daging Qurban hasil penyertaan peserta² dari Malaysia bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).
Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada anda semua untuk menyumbang sama bagi program Sedeqah Daging khusus untuk umat Islam di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
USAHA SEDEQAH JUMAAT
Kami ingin mengajak anda semua untuk SEDEQAH sebanyak RM10 seorang bagi bersama – sama kami menjayakan program kebajikan seperti serahan pek makanan kepada para asnaf, golongan yang memerlukan serta para frontliner yang bertugas di musim pandemik waktu ini.
Semoga dengan SEDEQAH anda memberi sinar kepada mereka dan diberi ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T
Program akan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan juga hari-hari lain apabila ada keperluan. Laporan setiap program akan dikemaskini di website agar para penyumbang dapat melihat program kebajikan yang telah dijalankan.
SEDEQAH WAQAF PENDIDIKAN

DANA UNTUK MADRASAH TAHFIZ
Waqaf Pendidikan merupakan salah satu program di bawah Pertubuhan Fitrah Ummah. Waqaf ini bertujuan untuk membantu dari segi pendidikan yang memfokuskan kepada:
Madrasah Tahfiz Angkat
Kelas Al Quran online
Tajaan Asnaf Mengaji
Pendidikan anak angkat
Bahan Bantuan Pelajaran
Dengan dana yang anda sumbangkan ini dapat membantu menjayakan waqaf pendidikan agar dimanfaatkan golongan sasaran. Semoga Waqaf ini menjadi saham akhirat untuk kita semua.
FITRAH RAMADAN

Fitrah Ramadan adalah program berbuka puasa di Malaysia & Luar Negara (Mekah, Kemboja, Vietnam, Laos, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Afrika).
Program berbuka puasa akan dijalankan di Madrasah Tahfiz, Masjid, Surau, Rumah Kebajikan & Lokasi Bersesuaian sepanjang bulan Ramadan 2023/1444H.
FITRAH RAMADAN LUAR NEGARA

SEDEQAH RAMADAN UNTUK SAUDARA KITA DI LUAR NEGARA
Dana Program Berbuka Puasa Luar Negara
Mekah, Kemboja, Vietnam, Laos, Indonesia, Thailand & Bangladesh.
.
Sumbangan anda akan digunakan untuk program berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan 1443H/2022.
SEDEQAH WAQAF PERIGI
SUMBER AIR BERSIH UNTUK MEREKA
Program Waqaf Perigi adalah bertujuan untuk menyediakan sumber air bersih untuk umat Islam di luar negara yang amat memerlukan. Sejujurnya, bagi mereka untuk mendapatkan sumber air bersih di tempat mereka sangat susah dan terhad.
Umat Islam di sana sebelum ini menggunakan sumber air dari sungai berdekatan untuk digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, berwudhu’, mandi dan sebagainya. Dengan adanya pembinaan waqaf perigi yang berdekatan dengan rumah mereka, mudahlah untuk mereka mendapatkan sumber air bersih.
Kami doakan agar semoga sumbangan waqaf ini menjadi saham akhirat kita kelak. Amin!
WAQAF KENDERAAN

KENDERAAN UNTUK SEMUA
Sehingga kini, Pertubuhan Fitrah Ummah masih belum mempunyai kenderaan yang sesuai dan cukup untuk menjalankan misi dan amanah dari semua penderma kami.
Atas keperluan yang dirasakan sangat memerlukan, kami ingin membuka peluang kepada semua untuk berwaqaf untuk kami mendapatkan kenderaan bagi memudahkan program kebajikan yang dijalankan sepanjang tahun.
Kami akan berusaha untuk mengumpulkan dana ini secepat mungkin agar manfaat waqaf itu sampai kepada semua penyumbang. In shaa Allah.
Jumlah Sasaran Usaha ini
SEDEQAH WAQAF SOLAR

SUMBER ELEKTRIK UNTUK KEGUNAAN MASJID
Kami membuka ruang dan peluang untuk anda sama-sama menyumbang bagi projek Waqaf Solar di Kemboja.
Kini, AJK Masjid perlu charge bateri kereta untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi menggunakan barangan elektrik di masjid seperti alat pembesar suara microfon untuk melaungkan, kipas dan lampu ketika menunaikan solat berjemaah.
Kadang-kadang, bila mereka terlupa untuk charge bateri kereta atau kedai elektrik tutup, maka tak dapatlah untuk mereka menggunakan pembesar suara untuk meluangkan azan. Mereka perlu charge bateri kereta di kedai elektrik selama sehari untuk cukupkan bekalan elektrik.
SEDEQAH WAQAF
AL QURAN

HADIAHKAN AL-QURAN BAGI YANG MEMERLUKAN DI MALAYSIA
Program Waqaf Quran adalah program yang terkini yang dilancarkan oleh Sedeqah.My dibawah usaha Pertubuhan Fitrah Ummah. Anda boleh berwaqaf sebuah Al Quran atau pun sharing lot bersama pewaqaf yang lain.
Senarai Al Quran yang disediakan untuk Waqaf:
Al Quran saiz B5 = RM60 (6 Nama)
Al Quran saiz B4 = RM80 (8 Nama)
Sharing 1 Lot: RM 10.00 (1 Nama)
SEDEQAH WAQAF TANDAS

KEMUDAHAN UNTUK KEBERSIHAN MEREKA
Alhamdulillah, Waqaf Tandas pertama sumbangan dari Pertubuhan Fitrah Ummah dalam proses pembinaan. Buat masa ini, kami fokus menyumbang kepada umat Islam di Kemboja untuk pembinaan Waqaf Tandas. Kami sasarkan pembinaan sebanyak 100 buah Waqaf Tandas dapat dibina pada tahun 2021.
Jumlah bagi pembinaan sebuah Waqaf Tandas sebanyak RM 1,320.
Sekiranya anda mempunyai wang tidak patuh syariah dan tak tahu nak buat apa dengan duit tersebut, anda boleh salurkan kepada kami.
Laporan Program Sedeqah

Fitrah Ramadan | Akademi Al-Quran Antarabangsa (iQRA) | 11 Ramadan 1443h
Program berbuka puasa di Akademi Al-Quran Antarabangsa (iQRA), Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dana yang dikumpulkan dari orang ramai di Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) kami

Fitrah Ramadan | Thbong Khmom Kemboja | 10 Ramadan 1443h
Alhamdulillah, kami menaja program berbuka puasa untuk penduduk kampung di Masjid Al Rahmah. Kg Tual Sambu, Thbong Khmom, Kemboja. Terima kasih kepada semua penyumbang yang

Fitrah Ramadan | Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah | 9 Ramadan 1443h
Laporan Fitrah Ramadan9 Ramadan 1443H / 11 April 2022Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kajang, Selangor. ‘Together We Share’ #FitrahRamadan#PFU#PertubuhanFitrahUmmah#SedeqahMy#TogetherWeShare#ProgramBerbukaPuasa

Fitrah Ramadan | Institut Tahfiz Al Quran Lil Muttaqin | 8 Ramadan 1443h
Semalam, Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) menaja Program Berbuka Puasa di Institut Tahfiz Al Quran Lil Muttaqin, Sg. lalang, Semenyih, Selangor.Terima kasih kepada semua penyumbang yang

Fitrah Ramadan | Mekah | 7 Ramadan 1443h
Fitrah Ramadan, Program Berbuka Puasa berkongsi rezeki bersama umat Islam di Mekah. Edaran dibuat di kawasan An Nuzha District, kawasan orang susah yang memerlukan. Sekalung

Fitrah Ramadan | Pondok Pengajian Al-Fateh, Batu Pahat Johor | 6 Ramadan 1443h
Alhamdulillah PFU telah menaja 40 pax juadah berbuka puasa Nasi Ayam Madu kepada warga Pondok Pengajian Al-Fateh, Batu Pahat Johor. Program telah disempurnakan oleh puan