Pada 18 April 2022 bersamaan 16 Ramadan 1443H, kami berbuka puasa bersama-sama penduduk kampung O Payau, Kratie di masjid berhampiran madrasah wakil kami.
Juada berbuka puasa adalah dari daging Ibadah Aqiqah yang disembelih pada paginya. Seekor lembu dan 2 ekor kambing telah dilaksanakan bagi tujuan Ibadah Aqiqah. In shaa Allah, laporan bakal saya sharekan kemudian.
Untuk kaum ibu, juadah berbuka puasa dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah, manakala kaum bapa berbuka puasa bersama kami di masjid.
Alhamdulillah, dari sumbangan anda dapat kami menjamu penduduk kampung untuk berbuka puasa bersama-sama. Teruskan menyokong kami.
‘Together We Share’